Thursday, November 24, 2011

Hattan dh kawin....tahniah!

Utusan Malaysia Online, ada laporan berkenaan Hattan akhiri zaman duda beliau.

Hattan akhiri zaman duda
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Setelah menduda hampir enam tahun, akhirnya penyanyi Hattan selamat bernikah dengan pasangannya malam ini. Majlis yang diadakan secara tertutup tetapi meriah dihadiri hampir 100 keluarga terdekat dan sahabat handai penyanyi berkenaan.
Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Rendang Tak Berbuah itu selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Ketika dihubungi selepas majlis akad nikah, Hattan mengucap syukur dapat disatukan dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali bergelar suami. Bagaimanapun Hattan belum bersedia memperkenalkan isteri barunya yang berusia awal 30-an itu.
“Bila tiba masa yang sesuai baru saya akan perkenalkan dia,” kata Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin. Turut menyaksikan majlis tersebut, anak tunggal Hattan, Adam Iman, 13, dan beberapa rakan artis rapat yang lain.

No comments:

Post a Comment

Affan n Aqeel

Affan n Aqeel

Affan - 7 months (so cute ...)

Affan - 7 months (so cute ...)

Shibam Aqeel- 7 months

Shibam Aqeel- 7 months