Thursday, July 19, 2012

Filem Tanda Putera bongkar rahsia dua tokoh Negarawan

Kini Datin Paduka Suhaimi Baba sekali lagi tampil mengarahkan filem epik sejarah berjudul Tanda Putera. Tanda Putera cukup mencabar kredibilitinya sebagai seorang pengarah. Apatah lagi, dengan kos penerbitannya yang dianggarkan mencecah RM4 juta. Beliau bersyukur kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) turut membantu dengan menyediakan geran pembiayaan sepenuhnya.



Sinopsis Filem Tanda Putera
Mengangkat persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman Tanda Putera juga menyingkap rahsia yang tidak diketahui oleh ahli keluarga dan negara mengenai kedua-dua tokoh tersebut.
Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Ia menceritakan keadaan selepas rusuhan yang mana Tun Ismail masuk semula ke dalam kabinet. Sebelum ini, beliau telah meletak jawatan kerana tak sihat.
Tapi disebabkan keadaan negara pada masa itu yang sedang bergelora jadi beliau kembali dan membantu Tun Razak. Menariknya mengenai filem ini ia berjaya membongkar rahsia penting yang disimpan oleh mereka berdua yang mana keluarga dan rakan-rakan turut tidak mengetahuinya. Suhaimi Baba juga turut membuat rujukan menerusi keluarga, rakan terdekat dan pekerja yang pernah berkhidmat dengan dua tokoh itu.

Pelakon filem Tanda Putera
Untuk mendapatkan Tanda Putera filem terbaik, ia menghimpunkan barisan pelakon yang paling ramai iaitu hampir 30 orang. Ramai juga pelakon teater yang diambil walaupun tiada pengalaman, namun, mereka mempunyai asas lakonan. Malah Rusdi dan Zizan menghadiri kelas latihan golf selama tiga minggu bagi mempelajari teknik permainan itu dengan betul.
Bagi menghidupkan watak bekas Perdana Menteri Kedua itu, tanggungjawab itu digalas oleh aktor terkenal, Rusdi Ramli manakala watak timbalannya pula menjadi milik Zizan Nin. Selain mereka, Tanda juga dibintangi oleh Kamarulzaman Taib atau Che' Kem sebagai Tunku Abdul Rahman, Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar). Tidak ketinggalan, Fizz Fairuz yang membawakan watak Tan Sri Arshad Ayub, Nazril Idrus (Tun Dr. Mahathir Mohamad), Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Mohd. Khir Mohd. Noor (Abdul Rahman Hashim), Ngasrizal Ngasri (Datuk Harun Idris) dan Razali Hussain (Ahmad Razali Mohd. Ali). Tanda turut menyaksikan bekas suami pelakon jelita, Maya Karin iaitu Steven David Shorthose sebagai doktor peribadi Tun Abdul Razak bernama Dr. Macpherson selain dua pelakon baru, Razif Hashim dan Sahee Shamsuddin sebagai Johari dan Najib Tun Razak.
Rekaan set dan lokasi penggambaran filem Tanda Putera
Untuk filem kesembilan Shumi ini, ia memerlukan 60 set yang berbeza bagi menghidupkan era dari tahun 60-an hingga 80-an yang menjadi tunjang utama kepada penceritaan filem. Ini termasuklah pembinaan lokasi di Setapak, London, Jalan Petaling dan beberapa lokasi penting yang pernah menjadi tumpuan sewaktu era pemerintahan Tun Abdul Razak terutama sewaktu tragedi 13 Mei 1969 yang dibina di Studio Finas, Hulu Kelang serta KRU Studios, Cyberjaya.
Bukan itu sahaja, cabaran lain yang dihadapi termasuklah pakaian seragam polis pada era itu. Namun kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia banyak membantu. Hanya 30 peratus sahaja penggambaran dilakukan di dalam studio, manakala selebihnya adalah di luar. Antara lokasi yang dipilih termasuklah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Kampung Baru, Masjid Negara, Memorial Tun Abdul Razak, Kuang serta Bahau, Negeri Sembilan. Filem ini juga akan menjalani penggambaran di London selepas Aidilfitri nanti. Ia adalah untuk babak sewaktu Tun Abdul Razak mendapatkan rawatan terakhir sebelum meninggal dunia pada 14 Januari 1976 selain mahu mendapatkan suasana pada musim sejuk.
Lagu Tema Filem Tanda Putera
Sharon Paul selaku komposer lagu tema bagi filem ini. Tanda Putera akan mempunyai dua buah lagu tema. Pihak Suhaimi Baba sudah pun berbincang dengan Yuna untuk sebuah lagu yang akan digunakan bagi menggambarkan era itu. Selain itu juga lagu tema bagi keseluruhan jalan cerita Tanda Putera beliau mencadangkan tiga penyanyi iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Najwa Mahiaddin. Semuanya terpulang kepada Sharon untuk menentukannya.Tq utusan dan murai

Affan n Aqeel

Affan n Aqeel

Affan - 7 months (so cute ...)

Affan - 7 months (so cute ...)

Shibam Aqeel- 7 months

Shibam Aqeel- 7 months