Thursday, May 24, 2012

food

Since sekarang ni bulan Rejap..aku n family aku pun gigih ni berpuasa, dengan bibik pun puasa skali. So bila puasa tu mcm2 la teringin nak makan.
So saya teringin ini:

Resepi butter prawn

Oihh terlebih rajin hari ni.
Bukan selalu ni rajin2 begini. Harus kena mark dalam kalendar ni. Terus memberi resepi sbb rasanya telah berjaya membuat butter prawn paling sedap di dunia. Sampai adif kata “kakak, boleh buka restoran seafood la macam ni”. Takkan la pulakk..karang semua orang datang nak makan kena order butter prawn aje. Menu pun 3 mukasurat semua butterprawn. Nama kedai pun Butterprawn Corner atau D'Butterprawn. So, don’t expect any other food. Dah dah. Teruskan dengan resepi aje



Bahan-Bahan nya:

1 kg udang besar/udang galah /udang harimau-belah belakangnya
minyak
250 gm unsalted butter (yg tak masin punya ok, mmg lah unsalted tu tk masin la)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang) jgn pedas sgt nanti tak sedap
8 biji kuning telur
250ml susu cair full cream
aji no moto (jgn letak byk nanti rambut gugur. ye ke?)
garam
gula
1 sd teh sos ikan

Cara memasaknye
Perap udang dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Jangan masak sangat. Toskan. Pukul kuning telur dan susu hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masuk cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Kalau nak lebih bersarang, petuanya kuali itu kena betul2 panas.

Toskan kejap hilangkan minyak2 tu semua. Alihkan ke pinggan dan hidangkan

tapi paling TERINIGN nak makan ni

Ikan Patin Tempoyak



Bahan-bahan utama
  • Seekor ikan patin (eloknya ikan patin sangkar) ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk hilangkan hanyir selama kira-kira 1 jam.
  • 2 ulas kunyit hidup (bukan serbuk kunyit)
  • 6 biji bawang kecil.
  • 20 biji cili padi (bergantung pada suka pedas mana ya)
  • 2 senduk tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan ( yang guna untuk masak laksa tu)
  • sedikit asam keping
  • air
  • garam secukup rasa
  • gula (jika perlu dan jika suka)
Cara memasaknya
Kunyit hidup, bawang kecil dan cili padi ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi. Masukkan ke dalam periuk yang bersama air. Lepas tu kacau sehingga rasa dan masukkan asam keping. Letak di atas api dan biarkan selama kira-kira 3 minit. Masukkan ikan yang dibersihkan tadi, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
Masukkan garam secukup rasa, adjustlah kalau takut pedas dengan mengurangkan jumlah cili tadi. Kalau terlajak, adjust dengan meletakkan sedikit gula ok…

Affan n Aqeel

Affan n Aqeel

Affan - 7 months (so cute ...)

Affan - 7 months (so cute ...)

Shibam Aqeel- 7 months

Shibam Aqeel- 7 months