Friday, February 24, 2012

ADAM & HAWA-Aisya Sofea

wahhh mesti ramai yang tertunggu2 drama ni....tapi drama ni dalam pengembaraan la sekarang , ambil masa dalam 4 bulan...nanti drama ini akan ditayangkan di ASTRO....watak utama nye semestinye Jejaka idaman Malaya --hahhhahaha ye ke?? Aaron Aiz sbg Adam Mukhriz.
Pengambaraan drama ni sampai ke Mekah ,India and Perth...fuyyooo la and its 80 episode!!!
mesti dia citer satu persatu kan..sure same dalam novel...harap2 bestt la dan tidak kecewakan ramai peminat...

Sinopsis Novel Adam dan Hawa

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam pakza dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin di simpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…
Macam mana ya, adakah hati Ain mula jatuh cinta terhadap suaminya sendiri. Tak sabar saya nantikan jalan penceritaan yang dibawa oleh Aaron dan Nadiya Nissa ni.
Diharap sangat-sangat persembahan mereka tidak mengecewakan peminat dan pembaca novel seluruhnya.

 Sinopsis nie Copy paste from blogger ye....

No comments:

Post a Comment

Affan n Aqeel

Affan n Aqeel

Affan - 7 months (so cute ...)

Affan - 7 months (so cute ...)

Shibam Aqeel- 7 months

Shibam Aqeel- 7 months