Friday, February 24, 2012

Sebak membaca entri kali nie...saya juga seorang ibu..walaupun saya tidak melalui pengalaman ini tapi saya amat memahami hati seorang ibu...Zurainie u are a strong woman ,Allah mengambilnye sebab Allah sayang kat dia...Tabahkan lah hati mu dan suami...

Syukur juga kerana dengan sumbangan orng ramai Bil bernilai RM100k dapat diselesaikan...Terima Kasih kepada semua yang menyumbang...

Mummy ADH

FARIS SELAMAT DISEMADIKAN
Sewaktu Faris Nur Daniel dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, adik beradik lain sudah mula merasai kehilangannya.

Baca cebisan daripada ucapan dihantar oleh kakak dan abang arwah Faris ketika dia mula terlantar di hospital pada 1 Februari lalu.


Kini semua harapan itu ternyata hanya tinggal harapan, Allah lebih menyayangi adik bongsu mereka. 


Faris pengidap penyakit HLH, barah darah, mula dilaporkan nazak pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital 23 hari lalu.

Semalam Faris menjalani rawatan kimoterapi kali ke 4, selama kira-kira 2 jam bermula 12 tengahari. Arwah kemudian dilaporkan berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga tidak berdaya membuka matanya. 

Baca perinciannya di entri ini.


Masih terngiang-ngiang di telinga, panggilan ibunya, Zuraine Mohamad, saat saya menziarahi Faris.

"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang"


Ketika itu matanya terbuka bak mampu melihat saya berdiri di sisi katil, lokasi dia ditempatkan sejak 19 hari sebelum itu.

Setabah mana pun jiwa saya, airmata tetap mengalir melihatkan keadaan tubuh kerdil terlantar tidak bermaya itu. Dilaporkan, pada masa sama, paru paru dan hatinya sudah tidak berfungsi secara sempurna. Namun saya percaya, doa ibu dan ayah serta ribuan rakyat negara ini menjadi penyambung nyawa anak kecil itu.

Baca perincian situasi Faris di hari ke 19, klik di sini.


Sehari sebelum menziarahi arwah, saya berpeluang menulis entri pertama berhubung Faris, klik di sini.


Hasil sumbangan dihulurkan oleh pembaca blog ini dan rakan Facebook, bil rawatan arwah berjumlah hampir mencecah RM100,000 telah dilunaskan kepada pihak hospital.


Terima kasih kepada semua. 

Dengan jumlah bayaran sebegitu tinggi saya berharap pihak pengurusan pusat perubatan itu akan membina papan tanda 'North Tower' untuk memudahkan keluarga dan rakan mencari bilik rawatan pesakit secara lebih mudah.


Untuk rekod, kini hanya papan tanda 'South Tower' sahaja kelihatan terpampang di luar hospital swasta terbabit.


Perhatikan, tiada papan tanda 'North Tower' di sini, laluan untuk ke Neonatal Intensive Care Unit, lokasi Faris dirawat sebelum ini.


3 hari lalu, saya ditegur berulang kali oleh jururawat dan pengawal keselamatan di hospital sama kerana merakamkan 2 gambar arwah menggunakan kamera digital dari luar bilik berdinding kaca untuk dimuatkan di blog. 

Berikutan maklumat dikongsi bersama pembaca, keseluruhan kos rawatan arwah dilangsaikan, hasil sumbangan tidak putus putus dihulurkan oleh orang ramai dan insuran keluarga arwah.

Kini dengan menggunakan gambar direkodkan oleh kamera digital sama, saya sarankan kepada  pihak pengurusan Sime Darby Medical Center agar mengambil kira cadangan saya berhubung pembinaan papan tanda 'North Tower' untuk memudahkan keluarga dan kenalan pesakit datang melawat.

Ingin juga saya mencadangkan, jika pelawat tidak dibenarkan sama sekali merekodkan gambar pesakit, sila tampalkan notis berhubung peraturan didakwa wujud itu di lokasi jelas. 

Bukan sekadar notis berikut.


Saya amat yakin, tidak ramai pelawat berselera untuk makan di ruang menunggu berhampiran NICU itu sewaktu menziarahi pesakit berada dalam keadaan kritikal.


Apatah lagi untuk menghisap rokok.


"Pagi tadi, kira-kira jam 10, jumlah oksigen masuk ke dalam tubuh dia sudah terlalu rendah, di antara 8 dan 10 peratus sahaja. Akhirnya tiada langsung, kosong," terang ayah arwah.


Berikut antara gambar saya rakamkan kira-kria 1 jam sebelum jenazah Faris diusung keluar dari bilik rawatan.



Jenazah disembahyangkan di surau dan kemudian dibawa ke tanah perkuburan.


Faris, 6 tahun, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang, Selangor, kira-kira jam 6.30 petang tadi. 


Al-Fatihah.

AIRMATA FARIS MENGALIR SEBAIK MENUTUP MATA

Faris Nur Daniel meninggal dunia selepas 22 minit saya menulis entri ini.

"Engkau hendak pergi ke hospital?," soal rakan saya Mossen Mohamad melalui telefon.

Bak orang mengantuk disorong bantal, saya menerima pelawaan itu. Jam 11.33 kami berdua menuju ke Sime Darby Medical Center, Subang Jaya, Selangor.


Untuk rekod, saya, Mossen dan ayah arwah Faris, Shamrulismawi Ismail, pernah menuntut di kelas sama sewaktu di institusi pengajian tinggi.

Jam 11.40 pagi tadi, kami tiba di Neonatal Intensive Care Unit, NICU. sebilangan sanak saudara terdekat Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, sudah berada di lokasi sama.

Suasana sugul menyelubungi ruang NICU.


Saya dan Mossen kemudian bertemu Sham untuk mengucapkan takziah. Ketabahan tergambar jelas di wajahnya.

"Dua puluh tiga hari Sham?," soal saya.

"Dua puluh tiga hari aku tidur di luar unit itu," balas Sham.


Beberapa minit kemudian saya melangkah masuk ke bilik jenazah ditempatkan. 


Lebih 3 minggu Faris bertarung nyawa akibat HLH, barah darah, dia kemudian menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 10.05 pagi tadi.


Selepas menerima berita Faris berada dalam keadaan kritikal, saya menghantarkan pesanan ringkas kepada Sham.

'Ayah dan ibu tolong reda dan relakan sepenuhnya jika Faris harus pergi'

Ketika Sham dan keluarga menguruskan proses kenderaan penghantaran jenazah ke rumah, saya sempat menghampiri Zuraine, duduk di atas katil.

"Takziah. Kita semua tidak mahu melihat dia terseksa," hanya kenyataan itu terpancul dari bibir saya. 

Airmata kelihatan tidak berhenti mengalir di pipinya.

"Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," jelas Zuraine. 


Sebagai ibu, tentunya Zuraine bersedih. Hanya naluri ibu memahami sepenuhnya perasaan wanita berusia 38 tahun itu.


Tepat jam 12.26 tengahari tadi, jenazah Faris dibawa keluar untuk dihantar ke rumah keluarganya.


Jenazah kini berada di Jalan Pulut Lumur, U10/76J, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini.

Kisah Faris bakal dipaparkan dalam program Malaysia Hari Ini, MHI, esok. Terima kasih kepada Penerbit Eksekutif MHI, Alfian Kaus kerana sikap prihatin beliau.


Di syurga Allah tempat mu, Faris

No comments:

Post a Comment

Affan n Aqeel

Affan n Aqeel

Affan - 7 months (so cute ...)

Affan - 7 months (so cute ...)

Shibam Aqeel- 7 months

Shibam Aqeel- 7 months