Thursday, February 23, 2012

Terkini tentang Faris....

From http://www.mazidulakmal.com blog....

the latest...

Kepada yang telah menyumbang terima kasih sangat..harap dapat meringankan beban family ini..

:)

SAYA REDA DAN RELA ... - AYAH FARIS

"Pagi tadi selepas subuh, suhu badan Faris turun secara mendadak sampai 26 darjah Celcius. Kecoh masa itu sehingga Faris terpaksa menggunakan warmer," ujar ayah Faris, Shamrulismawi Ismail.

Berikut gambar dihantar oleh Sham kepada saya petang tadi.


Selepas menjalani rawatan kimoterpi semalam, Faris dilaporkan tidak berdaya membuka mata sepenuhnya.

"Cuma pagi tadi, ada sekejap dia cuba membuka mata tetapi tidak berjaya, mungkin kerana tubuh kecilnya terlalu kepenatan," tambah Sham.

Saya percaya kisah Faris telah dihebahkan di dalam ribuan blog dan emel di Malaysia. Anak kecil sebelum ini ceria, bebas bergerak seperti anak kecil lain, kini terlantar kesakitan akibat HLH atau barah darah.

Berikut gambar Faris ketika sihat.


Ini pula gambar anak kecil berusia 6 tahun itu ketika saya menziarahinya 2 hari lalu.


"Sham, awak reda dengan kejadian ini?"

Berat untuk saya mengajukan soal itu tetapi saya ingin mengetahui perasaan ayah berusia 38 tahun terbabit. Dia sahabat saya, insan begitu berkhemah setiap kali berjumpa.


"Jika Allah lebih sayangkan Faris, saya reda dan rela berbanding melihat keadaan dia sekarang, menderita kesakitan. Doktor melaporkan, paru paru Faris sudah tidak mampu mengembang dan mengempis secara sempurna manakala seperti Mazidul tengok dua hari lalu, hanya 48% daripada udara dari mesin oksigen masuk ke dalam tubuhnya," jelas Sham.

Saya terdiam.


"Hari pertama Faris dimasukkan ke hospital, ibunya macam hendak pitam. Pada mulanya saya ingatkan kerana dia terlalu kepenatan. Setelah diperiksa oleh doktor, isteri saya disahkan mengandung dua bulan," tambah Sham.

"Syukur," balas saya ringkas.


Untuk rekod, Faris telah berada Sime Darby Medical Center selama 22 hari dan bil hospital dilaporkan hampir mencecah RM100,000.

Sebelum ini terdapat sebilangan komen berbentuk lancang, menggesa Faris dipindahkan ke hospital kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kos rawatan.

"Memang kalau boleh saya hendak memindahkan Faris ke hospital kerajaan, saya tidak menafikan kepakaran doktor di sana (hospital kerajaan). Tetapi dalam keadaan sekarang, doktor sendiri tidak berani mengambil risiko. Pagi tadi, udara memasuki tubuh Faris hanya kira-kira 28% sahaja dan anak saya masih bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk pernfasan," terang anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Kagum saya mendengar suara tenang Sham sedangkan anak bongsunya sedang bertarung nyawa.


Perhatikan titisan airmata jernih mengalir di pipi Faris.

Kita hanya berupaya menatap gambar di atas berulang kali tetapi hanya dia merasai derita ditempuh. Terlintas di fikiran saya, betapa kentalnya semangat anak kecil itu, berjuang untuk terus hidup. Barangkali dia juga menyedari, kasih sayang ayah dan ibu tidak pernah luntur sewaktu dia mendepani cabaran besar untuk kembali sihat.

... jika Allah mengizinkan.

Hanya semangat dan ketabahan dimiliki kakitangan Standard Chartered itu dan isterinya, Zuraine Mohamad, menjadi pasak utama kehidupan keluarga. Sesungguhnya bukan mudah berhadapan dengan kenyataan. Anak kesayangan mereka, dahulunya ceria sejak dilahirkan, kini kaku terbaring tanpa menunjukkan sebarang respon.

"Saya dan ibu Faris telah melakukan usaha terbaik untuk dia. Kini kami hanya mampu bertawakkal, berdoa hanya yang terbaik untuk dia," kongsi Sham lagi.

Kepada mereka telah menyumbang wang tunai untuk meringankan tanggungan keluarga Faris, terima kasih diucapkan.

"Alhamdulillah, kami menerima kunjungan ramai rakan Facebook dan pembaca blog Bersama Mazidul. Ini pun ada bersama saya," ujar Sham.

"Sampaikan salam saya kepada mereka," balas saya spontan.

Saya akur, pembaca blog saya bukan kepalang hebat mereka.
Salurkan bantuan ke akaun Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.

Saya difahamkan kekadang akaun terbabit disekat oleh Maybank dan kemudian akan dibuka semula. Jika transaksi pertama tidak berjaya, cuba lagi.

DOAKAN KESEJAHTERAAN FARIS ...

Affan n Aqeel

Affan n Aqeel

Affan - 7 months (so cute ...)

Affan - 7 months (so cute ...)

Shibam Aqeel- 7 months

Shibam Aqeel- 7 months