Tuesday, May 29, 2012

Ephyra----is here!!

my Ephyra is here!!! thanks Peej.

How do I best consume EPHYRA?
Take 1 or 2 sachets on an emplty stomach in the morning, and before bedtime daily.
But minum sekali sehari pon boleh gak...but best is in the morning la.
and air kene BANYAK minum...

When can I see the results?
It depends on your body. setengah orng cepat setengah org lambat. but it is essential to stick with EPHYRA FOR AT LEAST 3 MONTHS.. TO FEEL MORE YOUTHFUL ENERGETIC and More GLOWING inside out.

Will I gain weight ?
No, withh all the natural ingredients in Ephyra, it may be the opposite. With high antioxidant content, it helps to oncrease your metabolic rate.

Is EPHYRA suitable for men?
Definitely.


RM 208
but now have discount until 31st May RM 198.


30 sachet- tahan la 30 hari..amik morning je...

SEDAP la....rase tutti fruit..---masam-masam ckit
Nanti i updated after 1 month yee...

Thursday, May 24, 2012

Ephyra

I baru nak berjinak2 dengan collage.....
Since ade promotion untill 31st May ni..boleh la try...
If nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke   website oceanlife.
atau blog Peej and

food

Since sekarang ni bulan Rejap..aku n family aku pun gigih ni berpuasa, dengan bibik pun puasa skali. So bila puasa tu mcm2 la teringin nak makan.
So saya teringin ini:

Resepi butter prawn

Oihh terlebih rajin hari ni.
Bukan selalu ni rajin2 begini. Harus kena mark dalam kalendar ni. Terus memberi resepi sbb rasanya telah berjaya membuat butter prawn paling sedap di dunia. Sampai adif kata “kakak, boleh buka restoran seafood la macam ni”. Takkan la pulakk..karang semua orang datang nak makan kena order butter prawn aje. Menu pun 3 mukasurat semua butterprawn. Nama kedai pun Butterprawn Corner atau D'Butterprawn. So, don’t expect any other food. Dah dah. Teruskan dengan resepi aje



Bahan-Bahan nya:

1 kg udang besar/udang galah /udang harimau-belah belakangnya
minyak
250 gm unsalted butter (yg tak masin punya ok, mmg lah unsalted tu tk masin la)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang) jgn pedas sgt nanti tak sedap
8 biji kuning telur
250ml susu cair full cream
aji no moto (jgn letak byk nanti rambut gugur. ye ke?)
garam
gula
1 sd teh sos ikan

Cara memasaknye
Perap udang dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Jangan masak sangat. Toskan. Pukul kuning telur dan susu hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masuk cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Kalau nak lebih bersarang, petuanya kuali itu kena betul2 panas.

Toskan kejap hilangkan minyak2 tu semua. Alihkan ke pinggan dan hidangkan

tapi paling TERINIGN nak makan ni

Ikan Patin Tempoyak



Bahan-bahan utama
  • Seekor ikan patin (eloknya ikan patin sangkar) ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk hilangkan hanyir selama kira-kira 1 jam.
  • 2 ulas kunyit hidup (bukan serbuk kunyit)
  • 6 biji bawang kecil.
  • 20 biji cili padi (bergantung pada suka pedas mana ya)
  • 2 senduk tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan ( yang guna untuk masak laksa tu)
  • sedikit asam keping
  • air
  • garam secukup rasa
  • gula (jika perlu dan jika suka)
Cara memasaknya
Kunyit hidup, bawang kecil dan cili padi ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi. Masukkan ke dalam periuk yang bersama air. Lepas tu kacau sehingga rasa dan masukkan asam keping. Letak di atas api dan biarkan selama kira-kira 3 minit. Masukkan ikan yang dibersihkan tadi, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
Masukkan garam secukup rasa, adjustlah kalau takut pedas dengan mengurangkan jumlah cili tadi. Kalau terlajak, adjust dengan meletakkan sedikit gula ok…

Wednesday, May 23, 2012

Al-Fatihah buat Norma....

First time i bace kisah Norma was few months ago...i bace 1st entry kak moon sampai la sekarang...
sangat sedih..terharu..Buat Talib (husband Norma) tabahkan lah hati mu....redhakan lah pemergian dia. Allah lebih menyayangi dia....take care of Rafiq yaaa...ramai orang yang sayang kamu Rafiq...

nak tahu lebih lanjut bace la blog Kak moon.
http://miera301.blogspot.com/

Norma telah menghembuskan nafas terakhir kira2 jam 12 tgh mlm tadi...read kak. Filla's blog.

Al-Fatihah....semoga kamu menjadi bidadari syurga...

Monday, May 21, 2012

BuLan ReJab...

Besok adalah 1 Rejab...so jom kite berpuasa sunat ......!Ini i copy from the net ye...google je
10 Kelebihan Bulan Rejab

1) Sabda Nabi S.A.W : hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaandi hari Qiamat. ( Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W : Bulan Rejab bulan Allah . Bulan syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku. ( Al-hadis)
3. Kemuliaan rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Malam Awal rejab mustajab doanya ( dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi)
5. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.(Al-Hadis)
6. Puasa tiga hari dalam bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan. ( Al-Hadis)
7. Puasa empat hari dalam bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat. (Al-Hadis)
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab , aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar dari kkubur bercahaya mukanya ( Al-Hadis)
9. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.(Al-Hadis)
10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga (Al-Hadis)

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Tuesday, May 15, 2012

HaPPy MotHer'S dAY...mAMa

Last Sunday was mother's day, so dah alang2 kuar gi Gulatis Ampang so we all singgah lah kat peberet place Great Eastern Mall. Hmmm....Since aku bawa Affan je so x le singgah gi kidspot, x fair la kan sebab Aqeel is at home..sian bam2 tu..always kena tinggal..huhu hmm lasaknya nauzbillah...dia laju je kesana kesini....bibik pun surrender. hahhaa bam bam bam bam...
so we had lunch at Cozy Corner..biasela tempat ni forever full house..nasib baik x lame tunggu...order2 then makan...pastu jenjalan kat situ jap..masuk butik INNAI ...i ade berkenan 1 baju...tgh pikir nak beli ke x nak...then singgah Alexis for our peberet dessert PAVLOVA!! I think Alexis nye pavlova the best laa....so far. Dolu2 rege nye rm 10 je per slice but sekarang ni rm 15 per slice. itu blum capur gomen tax la servie charge lagi...huhu makan dessert kat situ lagi mahal dr makan lunch kat Cozy..hahaha ala on special day ok la...if hari2...hmm..gugur la bulu2 yg ade ..hahahhaa
ini lah penyunting semangat saya!
muah muah mama.

IMG_2761
aku x tangkap gambar pavlova,but terjumpe ini di blog.
Pavlova from Alexis!

Monday, May 14, 2012

Gulatis Again

haa..ini citer smalam, untuk mencari kain untuk my kazen or pengantin no 2.
Nismah and her Future Hubby Husairi.
very the senang diorang nie..Cik ima ni memang nak beige colour.
So same package jugak RM 650. sekarang ni memang trend la orang pakai chiffon.
Dia nak wat untuk baju bersanding. dia tak nak sewa2..KELLLAAASSS KO!!
ini mama aku-dia yang paling bz..mak pengantin x heran pun..dia lagi sibuk cari kain dia..hahhaa
sempoi je mak pengatin nie...jenis semua pun boleh!

this is the kain..cadangnye nak wat dress...sebab cik ima ni kemetot je..

Nismah
Nanti i upload lagi ye..now i'm bz..

Thursday, May 10, 2012

ME!

THIS is the  ME!!!!
It was taken at my school,all staff must have an official photo.

kuyu je mate tue..

weee I LLOOIIKKEE..!!!

Kidsport Great Eastern Mall

This was taken laswt week, since my both sons are a member of kidsport memang slalu la ke sini.
I always bring my children to "kids gym" meratala aku pergi...IOI Mall Puchong pun ok gak..besar..and cheaper compare to kidsport.

Affan melayan baby nie..


Mummy I'm trapped!

Kidsport GE Mall

makan time

mula2 nak naik pastu dh berjalan,dia nak turun plak..



Thursday, May 3, 2012

His Back!!!



Nayati Has Been Found!!!
Thank God.

Wednesday, May 2, 2012

Habib-Gulatis-Poh Kong

Ini gambar smalam...sempena cuti labour day.
Since my kazen @ adiputra...tapi versi gelap sikit laa ..dia nak tunang 30th June ni.
So family aku bile bab2 family member nak tunang2 kawen2 ni..jadi excited semacam!!!
sebab katenye nak tunang lepas raya pas tu tup tup tup katenye nak bulan 6 plak..
so dah ade cuti umum kan so we all pergila jenjalan. mulanye nak gi Jakel but we all stop at Ampang point dulu since Habib Jewel ade Sale Bonanza! hmmm hampeh laahh sale 80% pun harge nye mahal jugak...orang lain yang nak bertunang aku plak yang terbeli huhuhuhu aku tambah charm kat Pandora Bracelet aku nie je...Tq mama n Tq En Hazly..mulanye nak beli setul je but end up beli 3 ketul..so almost RM 600 laa..hua hua hua tapi x pe la...I Loooiikkeee!

so after that pergi la Gulatis.. at Gulatis pun ade pakej kahwin gak...so Cik su n Pali pilih pakej RM 650. Chiffon 4 1/2 meter, kain baju melayu 6 meter. oklah kan?.itu pun cik su dah rambang mata.
tapi mak cik2 Pali yg terlebih over semua..hahahahha aku pun same laa...so kain tu nak wat nikah. Nanti nak letak dlm hantaran tunang.

30 June jugak la best fren aku kahwin...itu kalo aku x pergi mahu putus sahabat tue...huhu so 29 june aku akan ke Manjung,Perak sampai sabtu teghari ..lepas majlis tunang langsung teruss shoot balik KL, tido smalam kat KL n esok trus gi Pekan,Pahang plak...huhu itu lah plan nye.

Berbalik pada citer jenjalan.....hmm last2 end up beli kat Poh Kong je..reasonable price..! beli cincin risik n tunang dapat lah below RM1k.


sweet je kaler nie..pinkish
inilah cik su


yang spek mate letak dahi tu lah Pali!!


June -tunang
December-Nikah/Sanding
insyallah lah...

River Cruise -Melaka











inilah gambar2 while naik river cruise...

Weekend gateway in Malacca

Actually mama ade training in Melaka for 1 week, then saja je la booked apartment. Pastu last minit ofis dis pospon plak..hmm dah alang2 booked apartment pergi je la kan...

We stayed at Garden City Apartment (sebelah balai polis bandar hilir. Dalam website the aparment look very nice n nampak mcm baru..tapi actually apartment ni macam lama laa..TAPI...very clean ok!!well maintaned! Apartment yang we duduk besar n bersih. Aircond semua sejuk gileer.. 3 rooms apartment RM 360. Pool pun cantik n clean.

so petang tu we all went to Serkam makan mee bandung..u all cari je pasar malam serkam..kat situ ade warung jual mee bandung, meee rebus, mee goreng...the mee bandung memang TERBAEK! kuih kuih kampung pun sedaap kat situ.

after the mee bandung we all pi naik melaka river cruise RM 15 adult, RM 7 kids. Sape pernak naik cruise kat Singapore??lebih kurang mcm nie laa... it took about 30 minutes -return. The Cruise lalu kampung Molten , wow at nite cantek laa.. with all the lights..sgt cantek laa...

then, we all naik beca-trishaw. hmmm HAMPEH betul laa... it cost RM 25 per ride. aku ingat dia pusing la satu dataran pahlawan rupenye dari jety river cruise  sampai menara taming sari je...aku rase x sampai 5 minit je kot. Pastu di pit stop sekejap kat Kota A famosa suruh amik gambar. Aku tahu laa diorang guna kedrat tapi RM 25 tu agak mahal laa...

after that we all pi dinner, mase ni dah pukul 10 malam kot...selalu if datang melaka mesti makan ikan bakar kat Serkam la, Umbai, Alai, ettc. but this time we all try something new. Portugese Seafood. sedap laa..makanan dia lain la dari masakan kite... U all kena pergi Kampung Portugese. We all makan otak-otak, butter prawn with garlic, black pepper crab, devil chicken curry and fried rice.. itu pun dah kenyang sangat.

samapi umah terus tido!!!zzzzzzzzzzzz

Esoknya...AFTER checkout saje je la jalan2 gi Dataran Pahlawan...sopping2 sikit...pastu we all cari makan kat Pantai Puteri @ Tanjung Kling. sebenarnye mama nak gi cari ikan yg baru naik dr laut. memang banyak laa kat situ...harga sgt murah.... ikan putih2 je isi dia...ketam pun baru RM 27 sekilo..besar 2 plak tue...memang berbaloi baloi...!!!

Lepas tu terus shoot to Bangi..sampai je umah...terus masak chilli crab, tauchu ikan gelama, sayur dll. Wahhh weekend yang penuh dengan makan je...

Affan susun kasut....

AQEEL

AFFAN-x pandang kamera punn..

with Mak Tok Nana



with Tok wawa

view from our Apartment
 gambar yang lain nanti I upload ye...

Affan n Aqeel

Affan n Aqeel

Affan - 7 months (so cute ...)

Affan - 7 months (so cute ...)

Shibam Aqeel- 7 months

Shibam Aqeel- 7 months