Friday, October 28, 2011

Remy Ishak & Tiz Zaqyah- confirm lovey duvey!

Taken from beautifulnara






Memang lelaki. Itulah yang Abang Nara mampu katakan apabila membaca pengakuan bercinta daripada Remy Ishak kepada portal Murai. Memang sewajarnya lelaki membuat pengakuan bercinta kepada seseorang. Barulah gentleman gitu.




Memang saya dan dia sedang berpacaran. Cuma saya lebih selesa memberitahu kepada umum bahawa kami sedang mengenali hati budi masing-masing dan berkawan rapat. Kerana kami tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kalau tak jadi nanti kita juga yang malu.






Lagipun apabila kami mengambil keputusan dengan memberitahu bahawa kami bercinta, takut pula nanti orang meletakan harapan yang terlalu tinggi dan kalau tak jadi nanti lain pula ceritanya



Ditanya kenapa selama ini dia dilihat seperti menyembunyikan kisah percintaan mereka berdua, Remy Ishak berkata:-
Saya tak mahu orang salah faham dan sebab itu jugalah saya mengaku dan memberitahu. Sebelum ini, saya pernah memberitahu kepada semua yang kami memang saling mengenali. Saya tak mahu mendengar apa-apa lagi yang mengatakan kami berbohong atau menutup kebenaran kisah berkenaan



Dan rupa-rupanya, ibu dan ayah Remy Ishak telah pun bercerai dan ini agak menghantui dirinya:-
Saya terlalu memilih kerana pengalaman ibubapa saya yang bercerai. Saya tak mahu kahwin dan cerai, kerana bagi saya biarlah hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup. Saya juga tak mahu anak-anak terbiar disebabkan perceraian tersebut
Kepada Remy Ishak dan Tiz Zaqyah (atau lebih dikenali dengan RITZ), semoga percintaan anda berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan.

No comments:

Post a Comment

Affan n Aqeel

Affan n Aqeel

Affan - 7 months (so cute ...)

Affan - 7 months (so cute ...)

Shibam Aqeel- 7 months

Shibam Aqeel- 7 months