Just for knowledge.
KANAK -KANAK AUTISTIK
KES
Amin yang berusia 31/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa.Menurut ibunya, Amin dilahirkan dalam keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan tidak mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak:tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain.Hampir setiap waktu dia bersendirian sambil bermain-main denga benda-bendaseperti tali, tudung-tudung botol dan ketul-ketul batu. Dia leka denganpermainannya sehingga berjam-jam lamanya.
Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai atau dicium. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya. Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, bunya terpaksa menyuapkan makanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktiviti harian sepertimakan, minum dan bersalin pakaian. Dia pergi sendiri ketandas untukmembuang air kecil dan tidak lagi kencing malam.Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkankebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan alat permainan lego tidak pula mampu menggunakanbahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia dan suaminyajarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis sosialkerana malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian orang lain.Amin pernah dimasukkan ketadika untuk memberinya peluang bergauldengan kanak-kanak lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakanbahawa pihaknya tidak sanggup menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidak boleh berinteraki dengan kanak-kanak lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima ataumenumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluar dari kelas dan merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja yang disukainya dan guru kelaskerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan keselematannya.
Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri austisma. Kes -kes autisma yang dikesan dan dikenal pasti masing -masing mempunyai perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap autisma. Ini ada kaitannya dengan faktor baka ,pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempergaruhi perkembangan seorang anak yang autistik dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak -kanak autisma menunjukkan ciri -ciri seperti di bawah ini :
1. Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak -kanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang bertanya " sudah makan ? " , dia menjawab " sudah makan ". Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah minum ". Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " , "tak mahu minum "dan sebagainya.
2. Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai , dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu.
3. Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak autisma biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau hilang.
4. Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam -macam ragam dan pelik seperti menepuk -nepuk tangan , menjegkit -jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar benda seperti tudung botol dan alat -alat permainan seperti mangkuk -mangkuk plastik serta mengumpul batu -batu , bermain suis lampu dan sebagainya .
Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratus kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak -anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut -ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakapseperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.
Adakah autisma sering berlaku ?
KES
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dikatakanmenunjukkan ciri-ciri autisma teklah dibawa kelinik saya.Tetapi, saya dapati dia boleh menumpukan perhatian dan mengikutarahan saya. Perkembangan bahasanya terbantut dan dia hanya bolehbercakap sepatah dua sahaja. Tetapi, dia faham jika disuruh menunjukkan gambar burung , ayam, kapal terbang, kereta dan sebagainya. Tingkah lakunya dirumah, ditadika dan diklinikberbeza. Adalakanya, dia suka bermain seorang diri sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak tahu bergaul dengan kanak-kanak lain.
Bilangan sebenar kanak -kanak yang menghidap autisma dinegara ini sukar didapati kerana kadangkala , ciri -ciri yang digunakan untuk mengenali kanak -kanak autisma berbeza di kalangan para penyelidik. Walau bagaimanpun , adalah dianggarkan terdapat empat orang kanak -kanak autistik bagi setiap sepuluh ribu kanak -kanak. Mereka mempamerkan ciri -ciri kanak -kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian , tidak boleh bergaul langsung dengan kanak -kanak lain , menunjukkan tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa.
Tetapi , ada ramai juga kanak -kanak yang tidak menunjukkan kesemua ciri -ciri yang disebutkan ini. Kes berikut menyokong pendapat ini.
Dari pengalaman saya , ramai lagi kanak -kanak yang menunjukan ciri -ciri autisma tetapi tidak sepenuhnya. Kanak -kanak dalam golongan ini juga perlu dikenal pasti supaya program pemulihan dapat diaturkan segera. Dengan latihan khas , mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap -harapkan. Yang anehnya , penyakit autisma ini sering terdapat di kalangan kanak -kanak lelaki. Dari seramai 40 kanak -kanak autistik yang pernah saya temui , hanya empat orang sahaja kanak -kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak -kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak -kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga -keluarga profesional.
Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia sahaja mempunyai hampir 80 kanak -kanak autistik yang berdaftar. Saya percaya masih ramai lagi kanak -kanak autistik yang tidak diketengahkan untuk dikenal pasti. Besar kemungkinan juga , para profesional sendiri kebanyakannya kurang berpengalaman tentang autisma atau tidak dapat meluangkan masa untuk menilai kanak -kanak autistik ini. Kanak -kanak ini mungkin dikatakan rencat akal , bisu , pekak dan sebagainaya.
Apakah puncanya ?
Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Sesetengah kanak -kanak pekak , kanak -kanak yang menghidap penyakit seperti congenital rubella , penyakit baka phenylketonuria , sindrom Fragile - X , tuberous sclerosis , kanak -kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan ( perinatal ashyxia ) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri -ciri autisma. Tetapi lazimnya , pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa -apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.
Kanak -kanak autisma dan keluarganya.
Cara mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan diasingkan tempat lain jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajari cara -cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah.
Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti seperti membeli belah , nersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.
Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan mental boleh menggugat kesihatan mereka.
Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi. Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidak membina dan menyinggungperasaan keluarga ini.
Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jalnuntuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan pasangan yamg mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan saya , rasa tangungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala -galanya dan masalah -masalah yang dihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.
Cara mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak -kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Saya pernah bertemu kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.
Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak itu.
Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ?
Kebanyakan kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka boleh dilatih untuk pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan kemahiran -kemahiran tertentu seperti mekanik kereta, pembetul anda piano,jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan kebolehan yang mereka miliki. Ramai juga kanak-kanak autistik yang didapati terencat akal dan mereka akan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka.
Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal pasti dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan adalah untuk memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh. Teknik-teknik pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviour midification techique).
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkan nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak austisma supaya mereka sendiri dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari dirumah. Ibu bapalah yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objetif-objktif latihan dan rawatan untuk anak mereka. Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat tertentu untuk merawat kanak-kanak ini tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang benar-benar mujarab bagi merawat sebahagian besar kanak-kanak autistik.
Persatuan kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkan pendidikan khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak sesuai. Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan. Matlamat kelas-kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak autistik serta melatih mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup yang mungkin berguna apabila dewasa.
Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk terapi muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlu mendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-masalah yang dihadapi.
Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk membolehkan mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama mereka sambil saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami. Sekali-sekala, ibu bapa kanak-kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh daripada anak autistik mereka. Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka supaya mereka dapat merasai nikmat kehidupan berumahtangga.
Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanak autistik secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat
No comments:
Post a Comment