ini I terbaca dalam blog abg Mazidul TV3, kalau nak tahu lebih lanjut sila ke blog
Bantulah setakat yang mampu ye utuk Adik Faris terus bernafas...
MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH
"Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail.
Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jama 12.40 tengahari tadi.
"Berapa orang anak?," soal saya.
"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.
Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.
"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.
Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.
Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.
"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.
"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.
"Insurance coverage macamana?," soal saya.
"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.
Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.
Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.
Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 atau 1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail).
Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.
Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.
Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.
Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.
Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
No comments:
Post a Comment