Thursday, February 23, 2012

FARIS telah ke Syurga.....

To Sham and Zu- Tabahkan hati ye...Redhakan lah pemergiaan dia...dia dah terlepas dr rasa sakit...biarlah dia tersenyum..

Kini dia dah menutup mata buat selamanya...Al-Fatihah...

 

FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ... AL-FATIHAH

"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.


Al-Fatihah.


SILA HEBAHKAN

FARIS AMAT KRITIKAL SEKARANG (9.43 PAGI INI)


Itu catatan ayah Faris di laman Facebook nya kira-kira sejam lalu.

Jam 9.43 pagi tadi, Sham menghantar pesanan ringkas berikut kepada saya ...

'He is very critical now'


Hemat saya, kedua ibu bapa anak terbabit telah melakukan usaha terbaik untuk melihat anak mereka sembuh. Untuk rekod, hari ini masuk hari ke 23 Faris dirawat di Sime Darby Medical Center.

Catatkan kata-kata semangat untuk keluarga Faris di sini ...

Silakan

No comments:

Post a Comment

Affan n Aqeel

Affan n Aqeel

Affan - 7 months (so cute ...)

Affan - 7 months (so cute ...)

Shibam Aqeel- 7 months

Shibam Aqeel- 7 months