Pengambaraan drama ni sampai ke Mekah ,India and Perth...fuyyooo la and its 80 episode!!!
mesti dia citer satu persatu kan..sure same dalam novel...harap2 bestt la dan tidak kecewakan ramai peminat...
Sinopsis Novel Adam dan Hawa
Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam pakza dan tanpa rela.Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin di simpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…
Macam mana ya, adakah hati Ain mula jatuh cinta terhadap suaminya sendiri. Tak sabar saya nantikan jalan penceritaan yang dibawa oleh Aaron dan Nadiya Nissa ni.
Diharap sangat-sangat persembahan mereka tidak mengecewakan peminat dan pembaca novel seluruhnya.
Sinopsis nie Copy paste from blogger ye....
No comments:
Post a Comment