Sedaya upaya kita cuba untuk perbaiki diri..sedaya upaya kita cuba untuk berubah..namun bagaikan ada sesuatu yang menghalang..Allah..terasa berat hati utk teruskan langkah..hati tertanya tanya..mampukah?? terasa diri jauh hanyut dengan dosa..tertanya,mampukah utk berubah?Namun hati yakinkan.. Allah kan ada...mintalah pada Dia..mengadulah pada Dia..
ALLAH...hambaMu ini sering tewas...
Aku cuba untuk jadi yang terbaik untkMu..
Semakin aku cuba..semakin kuat di uji..
Betapa pengasihnya Engkau..
Namun..
Diri ini yang dhaif dalam menilai semua ini..
Ujian yang Engkau hadirkan bukanlah utk menjauhkan aku dariMu
Tapi untuk mendekatkan aku padaMu..
Ya Allah..
hambaMu ini merasakan dirinya sibuk..
sibuk dgn duniawi..
sehinggakan lupa utk bangun sujud padaMu di malam hari..
payah utk hadirkan diri ke musolla..
Allah..bantu hambaMu ini..
Alangkah indahnya hidup andai menjadi hamba yg dikasihiNya..hati diserahkan sepenuhnya pada Allah..dan hanya pada Allah tempat untuk bergantung..jika Allah sayangkan seseorang Dia akan fahamkan padanya agama..semoga Allah sentiasa pilih kita .. mari menjadi hamba....
insyaAllah..
copy from blog Indah itu islam
Muslim dan termidzi telah meriwayatkan dari an nu;man bin basyir ra dia berkata; bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum , apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? aku pernah melihat nabi kamu , muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya’.
dalam riwayat muslim pula dari anu’man bin basyir ra, katanya bahawa; pada suatu ketika umar ra menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia. maka dia berkata, aku pernah melihat rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tiada makanan , kemudian tidak ada makanan yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya’.
satu riwayat yang diberitakan oleh abu nuaim, khatib, ibnu asakir dan ibnun najjar dari abu hurairah ra , dia berkata; aku pernah datang kepada rasulullah ketika dia bersembahyang duduk, maka akupun bertanya kepada baginda, aku melihat engkau bersembahyang duduk, apakah engkau sakit , ya rasulullah? jawab baginda, aku lapar , wahai abu hurairah. mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu. baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata, wahai abu hurairah! jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.
lalu, wahai sahabat, bila susah menerpa, bila ujian mendatang, ingatlah perjuangan dan pengorbanan rasul . namun baginda tetap mensyukuri nikmat allah dan tidak sabar untuk berjumpa denganNya.
kita hanya diuji sedikit cuma, sedang nikmat lainnya melimpah ruah tapi kita penuh keluh kesah dan nampak diri sengsara serta menyoalkan kenapa kita diuji begini dan begitu,,kita rasa kita dizalimi bila kita rasa kita tidak mampu dengan ujian itu..kerana ALLAH yang memberi ujian dan janjiNya Dia tidak menzalimi hambaNya serta tidak diberiNya ujian melainkan yang setimpal dengan keupayaan kita..
No comments:
Post a Comment