Sipnosis DramaGemersik Kalbu mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?
My Opinion
AKU dengan semangat mencari novel nie...dpat jgk akhirnye.....maybe x sepopular Ombak Rindu tapi citer dia best gak... tapi dalam drama Wan Ariffin mati kena tikam mase kejar peragut walhal dlm novel dia mati lemas menyelamatkan budak. Ade lain ckit la...
biasela kan kekadang director ni mesti nak tukar sana sini , tak nak the originality from the novel...
hmm so far drama ni ok lah... nanti i citer lagi ye...
Aqasha & Ayu Raudhah
No comments:
Post a Comment