Bank Negara Keluarkan duit baru la , but id nak tahu dgen lebih terperinci sila la ke web Bank Negara ye..
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia
Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran
Gambar Duit Kertas Baru Malaysia Keluar Pada Julai 2012. Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran. Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995
No comments:
Post a Comment